Kem Bina Juara Jempol Jelebu


KEM BINA JUARA

Kem Bina Juara j-QAF adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab. Kem ini akan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama kem ini juga dapat membentuk Murid Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing rakan sebaya. Kem ini dijalankan mengikut modul atau bidang yang tertentu dan dilaksanakan diperingkat sekolah dan daerah. Kem tersebut akan memberi tumpuan kepada modul yang dikendalikan oleh fasilitator atau guru-guru yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang berkenaan (Modul Tarannum, modul Pengucapan Awam Bahasa Arab dan Modul Khat).

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan.
2. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan berketerampilan tinggi.
3. Mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan murid.
4. Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
5. Melatih murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang yang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi juara.

Alhamdulilah. Pada 1-2 November 2010 bertempat di SK Rompin dan PKG Rompin, PPDJJ telah mengadakan Kem Bina Juara Program j-QAF Peringkat Jempol Dan Jelebu 2010 untuk murid tahap 2. Majlis penutup dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Mohamed Zaki b Abd Ghani.

Sesi latih tubi pengucapan awam bahasa Arab di dewan utama.

Sesi penerangan Khat Nasakh oleh fasilitator khat yang berpengalaman di PKG.

Sesi tarannum nahwand oleh fasilitator ustaz Khairudin b Abdullah di bilik j-QAF.
Al-Mumtaz SKTMS mengadakan persembahan nasyid di majlis penutup.


Hj. Shamsulkamal B. Rahman, Kaunselor PPDJJ menyampaikan ceramah motivasi kepada guru pengiring di bilik mesyuarat PKG dengan tajuk "Knowledge Is Power"
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers