PENYELIA KANAN PENDIDIKAN ISLAM


Tahniah diucapkan kepada Ustaz Md Fauzar Bin Norsirin, GPK 1, SK Geylang Terusan di atas perlantikan sebagai Penyelia Kanan Pendidikan Islam di Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu pada 15 Nov 2011.

Diharapkan semua pihak memberikan kerjasama untuk memperkasakan pengurusan Pendidikan Islam.

Tahniah juga kepada Tn. Hj. Mohamad Sahrin B. Kadmo, Pen. PPD j-QAF, PPDJJ di atas perlantikan sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 Nov 2011.


Terima kasih di atas kerjasama semua pihak. Maaf Zahir Batin.
Read rest of entry

HATI EMAS


Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran.

Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’ walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.

Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai ‘orang agama’ tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya.

Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya… hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya?

Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak ‘berminyak air’. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama.

Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan.

Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi apa yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat sarjana, master mahupun doktor apatah lagi profesor.

Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Sepanjang kembara dalam usia mencecah 50 tahun, saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja.

Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun body language – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) – memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka inilah ‘orang-orang kecil’ yang begitu besar dalam arena pendidikan.

Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan ‘murid-murid’ tidak rasminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat. Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinasikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumah tangga secara ilmiah, mereka secara ‘simple’ menyampaikan ilmu itu secara amaliah.

Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka. Orang sibuk membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resipi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya ‘harta’ yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.

Mereka ini bukan selebriti yang tersohor atau produk program realiti agama yang semakin banyak ketika ini. Mereka ini terselit di tengah-tengah masyarakat tanpa ‘glamour’ dan gelaran. Mereka juga tidak diuar-uarkan dalam kitaran strategi promosi dunia pasaran kontemporari yang bernuansa Islam .Tegasnya, mereka ini tidak ada nilai komersial – tidak , cukup pakej, kata orang sekarang. Mereka ini hanya produk ‘universiti kehidupan’ – yang mendapat ijazah melalui mehnah dan mujahadah. Ya Allah, temukan kami dengan orang ini, manalah tahu mereka itulah pewaris hati Uwais Al Qarni yang doanya mustajab dan kata-katanya mujarab untuk merawat mazmumah yang masih bersarang dalam jiwa ini.

Sahabat-sahabat ku (pengunjung gentarasa), kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan. Ya, tiada kata secantik bahasa… untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!

Untuk mu sahabat-sahabatku, aku tinggalkan sedikit catatan… di nota hati yang ‘bergenta’ beberapa minggu yang lalu. Ini adalah kesah protes hatiku terhadap orang agama yang tidak beragama. Yang tanpa sedar mereka (atau kita juga?) telah menjadi umpama ulu kapak (yang terbuat dari kayu) untuk menebang kayu. Pinta dijauhkan agar janganlah ‘orang agama’ menjadi fitnah terhadap agama.

Namun, aku tidak mahu mencoret kisah marah. Justeru, menyedari bahawa diri ini juga acap kali terperangkap dalam tipuan yang sama. Lalu kupintal-pintal rasa marah menjadi kisah kagum, harmoni bernada muhasabah. Ya, akhirnya ku coretkan catatan ini. Cuma kisah sekeping hati..

HATI SEORANG PEMANDU TEKSI…

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.

“Kenapa masih bekerja Pak cik?”

“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.

Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.

“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.

“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.

“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.

“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.

Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya. Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.

“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”

“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang. Hebat, inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu disampaikan oleh para ustaz, sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.

“Awal Pak Cik dah keluar? Lepas Subuh terus bekerja?”

“Pagi-pagi ni murah rezeki. Pak Cik suka mula awal tetapi habis awal. Malam boleh tumpukan kerja lain.”

“Malam pun Pak Cik kerja juga?”

“Bukan kerja… Pak cik ikut kuliah-kuliah agama, belajar tajwid semula dan kadangkala ikut dalam majlis zikir. Itulah kerja Pak Cik yang dah berumur ni.”

Subhanallah, sekali lagi Pak Cik ini mengamalkan apa yang disebut dalam Al Quran ‘fa iza faraghta fan sab’ – maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), maksudnya selesai satu ibadah, kita sambung terus dengan ibadah yang lain pula. Tidak ada istilah rehat yang hakiki di dunia. Kita beribadah ‘around the clock’ – sepanjang waktu. Rehat hanya di syurga.

“Pak Cik dulu mengaji agama di mana?” aku terus mencungkil.

“Pak cik tak pernah mengaji agama secara rasmi. Dulu sekolah kebangsaan sahaja. Apa yang Pak cik dapat hasil mendengar sahaja. Mengaji dengar-dengar, kata orang. Kadangkala di masjid, di surau, dalam radio atau melalui perbualan-perbualan biasa.”

“Apa yang Pak Cik cari semasa mengaji secara dengar-dengar tu?”

“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”

Aku senyum. Memang luar biasa Pak Cik yang kelihatan biasa-biasa ini. Aku mendapat berita Pak Cik ini pernah memulangkan wang berjumlah RM 5 ribu yang tertinggal oleh penumpang dalam teksinya. Pernah juga dia bergelut dengan lelaki yang cuba merompak teksinya. Keberanian, kejujuran dan istiqamahnya menjaga solat jemaah sangat aku kagumi.

“Sekarang ni mudah dapat pelanggan?”

“Ada kala mudah, ada kalanya payah. Tak menentu. Sekarang ni susah nak jangka.”

“Kalau pelanggan tidak da bagaimana?”

“Tu, CD kuliah-kuliah agama. Pak Cik habiskan masa dengan dengar kuliah agama. Kalau letih mendengar Pak Cik cubalah zikir sedikit-sedikit. Rezeki tetap ada. Tidak dalam bentuk duit, kita dapat dalam bentuk ilmu.”

“Pak Cik sihat? Tak da sakit-sakit?”

“Sakit tu mesti ada. Badan dah tua. Lenguh-lenguh, sakit urat. Tetapi yang berat-berat tu tak adalah. Alhamdulillah.”

“Pak Cik makan makanan tambahan? Food supplement?” jolok aku.

“Tak da. Pak Cik cuma jaga makan dan joging. Tubuh kita ni bukan kita punya… kena jaga baik-baik.”

“Eh, Pak Cik, sepatutnya yang kita punyalah kita kena jaga baik-baik.”

“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”

Terkedu aku dengan jawapan itu. Dalam hati aku mengagumi orang seperti Pak Cik ini. Orang tua yang ‘simple’, tenang dan punya prinsip yang tepat dan jelas dalam hidup. Dia bukan sahaja memandu teksi tetapi dia benar-benar memandu kehidupannya. Individu yang dianggap marhaen ini rupanya punya ‘hati emas’. Isi cakap dan sikapnya semuanya Al Quran dan Al Hadis, walaupun dia tidak petah menuturkan ayat Al Quran dan lafaz hadis. Sesungguhnya, dia jauh lebih baik daripada para ustaz mahupun orang yang digelar alim, yang mulutnya berbuih dengan ayat Quran dan Al hadis tetapi praktik, hati budi serta gaya hidupnya berbeza dengan ayat Quran dan Al hadis yang menjadi perhiasan lidahnya!.

Kisah Pak Cik pemandu teksi ini mengingatkan aku kepada budak gembala kambing yang diuji oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar Al Khattab di tengah padang pasir. Apabila Sayidina Umar mengatakan bahawa tuan punya kambing tidak akan tahu jika budak gembala itu menjual seekor kambing secara senyap-senyap, budak itu lantas berkata, “kalau begitu di mana Allah?”

Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang dijualnya walaupun disuruh oleh ibunya berbuat demikian.

“Kita tidak boleh mencampurkan susu ini dengan air ibu. Amirul Mukminin Sayidina Umar telah melarang perbuatan ini.”

“Ah, kita di dalam rumah kita. Bukankah ini waktu malam? Umar tidak akan tahu,” balas ibunya.

“Tapi Tuhan Umar tahu! Allah tahu ibu.”

Kata-kata budak gembala kambing, “kalau begitu di mana Allah?” dan gadis penjual susu, “tetapi Tuhan Umar tahu,” sesungguhnya bukan Al Quran dan bukan hadis tetapi rohnya, isinya dan mesejnya sejajar dengan Al Quran dan hadis. Itulah natijah pemikiran dan jiwa yang telah dibentuk oleh iman, lafaz kebenaran boleh jadi diluahkan dalam bahasa pertuturan yang biasa-biasa sahaja tetapi jika dicari dalil dan hujahnya dalam Hadis dan Al Quran, pasti ditemui.

Kembali kepada cerita Pak Cik pemandu teksi yang menjadi teman bual aku di serambi masjid selepas sama-sama mengerjakan solat Asar tadi.

“Pak Cik, apa yang paling susah sewaktu bekerja sebagai pemandu teksi ni?”

“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah. Pelanggan maki kita, kita balas dengan senyum. Orang herdik kita, kita minta maaf. Orang cuba tipu kita, kita mengelak dengan baik.”

“Mengapa begitu Pak Cik?”

Dia terdiam. Setelah merenung agak panjang beliau berkata, “ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”

Sekali lagi Pak Cik pemandu teksi ini telah menuturkan hikmah yang pernah disampaikan oleh Sayidina Ali. “Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, “ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”

Dan sesungguhnya itulah juga inti pati ayat Al Quran, surah Fussilat: 34 yang bermaksud, “ tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada mu dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Setelah bersalaman, Pak Cik pemandu teksi itu menuju teksinya.

“Ada janji dengan pelanggan. Assalamualaikum,” katanya, terus memandu teksinya dengan ceria. Aku? Aku terus duduk di tangga masjid sambil menghitung diri. Bolehkah aku meneladaninya? Bolehkah aku membalas kejahatan dengan satu kebaikan? Atau aku akan terus sibuk mencari dalil dan fakta untuk bahan tulisan atau ceramah sedangkan ada insan lain yang jauh lebih ikhlas telah mengamalkannya dalam kehidupan? Ya, alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya? Begitulah perumpamaannya…
Read rest of entry

SOALAN SETARA SEMESTER KEDUA 2011


3. Soalan Setara Pendidikan Islam Sek Ren Semester Kedua 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.

2. Soalan Setara Bahasa Arab Tingkatan 1 & 2 SM Semester Kedua 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.

1. Soalan Setara Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,4 SM dan Tasawur T4 Semester Kedua 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.
Read rest of entry

Kenali Mokhtar Al-Bukhary!!!

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY


Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.




Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.clap

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546
Read rest of entry

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat



Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat? Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.

Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadan Bayangkan, terlepas derjat dan pangkat di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Sedangkan manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat di sisi manusia sesama manusia.

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.

Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:

“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?

Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.

Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.

Renungilah hakikat ini: Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.

Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka. Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Lut, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.

‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah SWT kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:

Kaum Nabi Nuh.
Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
Firaun dan pengikutnya.
Kaum Nabi Luth.
Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
Kaum Tubba’.

Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad SAW. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu. Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).

Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?

Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24



Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”

Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui di Ramadan yang mulia ini, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!
Read rest of entry

Lau Kana Bainana Al-Habib


"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.























Maklumat lanjut, Lau Kana Banna Al-Habib Sila klik
Read rest of entry

Pengisian Data Online


Berikut perkara yang perlu diisi secara online untuk makluman Sektor Pendidikan Islam, JPNS : -

4. Data Murid Tahun 5 dan 6 Khatam Al-Quran 2011 Sebenar Sila Klik
# Untuk tindakan penyelaras j-QAF Sek. Ren. Daerah Jempol Dan Jelebu dan Ketua Panitia Pendidikan Islam SJKC dan SJKT.
# Untuk pengisian, sila masukkan password yang ditetapkan. Kemudian, sila isi data yang diperlukan. Kemudian simpan dengan cara klik file excel dan pilih simpan.
# Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri akan diadakan pada 28 Oktober 2011 di Kompleks Belia Paroi. Acara bermula selepas Magrib. Pendaftaran 5pm. Dijangka habis 9.30pm

3. Laporan Penguasaan Al-Quran Pelajar Tahun 6 2011 Ditutup
# Untuk tindakan penyelaras j-QAF Sek. Ren. Daerah Jempol Dan Jelebu.
# Untuk pengisian, sila masukkan password yang ditetapkan. Kemudian, sila isi ubahsuai data yang diperlukan pada bulan Ogos dan Oktober pada masanya. Kemudian simpan dengan cara klik file excel dan pilih simpan.

2. Semakan Ahli Pertubuhan Kegiatan Dakwah Ismiah Sekolah-Sekolah Daerah jempol Dan Jelebu 2011 Sila Klik
# Untuk tindakan semua guru opsyen Pendidikan Islam (SR/SM) Daerah Jempol Jelebu.
# Untuk pengisian, sila masukkan password yang ditetapkan. Kemudian, sila isi semak data ahli yang ada.

1. Data Murid Islam Dan Al-Quran Resm Uthmani Yang Telah Diterima Ditutup
# Untuk tindakan penyelaras j-QAF Sek. Ren. Daerah Jempol Dan Jelebu.

Terima kasih di atas kerjasama.
Read rest of entry

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia

Read rest of entry

50 Tahun Pendidikan Islam di Malaysia

Read rest of entry

CD Tarannum


CD Tarannum Sila klik
Read rest of entry

E-laporan Pencapaian j-QAF 2011



1. Elaporan 2011 Sila klik

# Jika ada terdapat ralat link, harap maklumkan dengan email ke msahrin76@yahoo.co.uk
# Sila rujuk blog di pertengahan bulan Jun untuk download e-laporan yang ditambahbaik jika ada.
Read rest of entry

Draf Soalan Semester 1 2011 SR & SM


7. Draf Soalan Pendidikan Islam Tingkatan 3 SM Semester Pertama 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.


6. PKSR Bahasa Arab Tahap 1 SR 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.

5. PKSR Bahasa Arab Tahap 2 SR 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.

4. Draf Soalan Pendidikan Islam Tingkatan 1 SM Semester 1 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.

3. Soalan Setara Bahasa Arab JPNS Semester 1 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan. Skema Tingkatan 1, 4 dan 5 tidak disediakan. Harap ambil tindakan.

2. Draf Soalan Pendidikan Islam Dan Tasawur Islam SM Semester 1 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.
Semua kecuali Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3.

1. Draf Soalan Pendidikan Islam SR Semester 1 2011 Sila klik
Rujuk pegawai untuk dapatkan kata laluan.
Read rest of entry

"Road Map" Kehidupan Manusia


Mungkin kita diluar sana sudah banyak kali melihat gambar diatas, dan barangkali kita telah pun melupakannya.

Jika kita lihat peta hidup kita, bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita?

Cuba kita tanya diri kita, rasailah hati kita sebenar-benarnya, apa yang abadi dalam hidup kita di muka bumi ini?

Adakah harta, pangkat,kemewahan menjadi tujuan kita sebenarnya di bumi ini?
Renungkan sejenak...

Sering kali kita lihat, kita selalu lari dari peta hidup kita sendiri. Setiap dari kita mempunyai jalan yang baik dan lurus kearahNya, tapi kita juga yang memilih untuk keluar dari jalan peta tersebut.

Jika kita menghadapi dugaan di perjalanan peta kita, kita meraung menyalahkan takdir yang menimpa atas diri kita. Kita lemah untuk mencari mana satu tempat yang perlu kita pegang selama ini.

Lalu tercalar sedikit keihklasan kita kepada Allah swt.

Hari demi hari berlalu, kita berjalan beribu-ribu meter di permukaan bumi, tapi adakah kita benar-benar berjalan atas muka bumi ini kerana Allah? Ataupun kita berjalan di atas muka bumi ini kerana kita mahu menjadi kaya, duit yang banyak, pangkat yang tinggi atau kehormatan disisi manusia? Fikirkan wahai teman..

Kadang kala kita ibarat manusia yang mengambil bintang di langit lalu dilekatkan di atas bahu kita. Menuhankan kemuliaan di sisi manusia lalu ditinggikan dada ketika berjalan.

Mungkin kita lupa, mana satu arah kita. Benarkah kita menuhan Allah swt di muka bumi ini atau kita sendiri yang menuhankan kejayaan duniawi?

Ramai orang menyangka, gelaran Doktor itu membawa kita kepuncak bahagia.
Ramai orang menyangka, mahasiswa universiti itu amat mulia.
Dan ramai orang menyangka, ketika kita shopping sehelai pakaian berharga RM1000 ringgit itu pasti akan membahagiakan tubuh yang memakainya.

Lalu ketika itulah, orang-orang ramai yang menyangka perkara itu menjadi silap di arah tujuan hidupnya hingga menjadi hamba abdi kepada syurga duniawi yang sudah kita tahu ianya hanya sementara.

Cuba kita lihat semula gambar diatas, kiralah dengan calculator anda, berapa lama lagi kita akan menempuh saat kita dipisahkan dari alam dunia ke alam barzakh? Kiralah untuk hidangan diri sendiri dan bukan kerana orang lain menyuruh kita. Bayangkan lah bagaimana kita akan menghadapi alam barzakh itu sendiri. Fikirkan...

Kemudian, kita ingat kembali, segala doa yang kita pohonkan kepada Allah swt.
Berapa kali kita sering meminta, "Ya Allah, berilah aku rezeki, pangkat dan harta, kejayaan untuk digegami".

Tapi berapa kali pula kita meminta supaya kekal dalam kecintaan kita kepada Allah swt. Berapa kali cuba kita ingati?

Kita terlalu taksub dengan kejayaan duniawi sehingga kita sendiri leka memohon agar diteguhkan kecintaan kita kepada Allah swt.

Tahukah anda semua, Allah swt tidak sekali-kali meninggalkan hamba-hambaNya yang mencintaiNya dikala susah mahuppun senang.

Tapi kecintaan duniawi pasti akan meninggakan kita diwaktu kita sukar dan mengambil kesempatan dikala kita kesenangan.

Adakah kita telah menyembelih kecintaan kita kepada duniawi?

Janganlah kita mendabik dada ketika berjalan kerana dunia ini bukan kita yang punya.

Kita hanya meminjam kepada Pemiliknya sahaja dan janganlah engkau merayu selain daripada Pencipta kita sahaja.

Ingatlah wahai teman, setiap kurniaan yang Allah berikan kepada kita pasti dipersoalkan di akhirat kelak.
Read rest of entry

Dengan Sebab Ini Kami Mencintaimu




Persembahan Opera oleh sekumpulan artis Mesir bertajuk: "عشان كده نحبك" (Dengan sebab ini kami mencintaimu), liriknya dari penyair Aiman Bahjat Qamar dan muzik oleh Mahmud Tholat. Berikut adalah terjemahannya:

Persembahan artis Mahmud Yasin:
“Rasulullah SAW telah bersabda: “Tuhanku (Allah) telah mewasiatkan aku dengan 9 perkara, yang aku mewasiatkan kamu (untuk beramal) dengannya:

“Dia telah mewasiatkan aku untuk berikhlas, ketika sembunyi dan terang-terangan.

“Dan berlaku adil, ketika redha dan marah.

“Dan sentiasa bercukup, ketika kaya dan miskin.

“Dan aku memaafkan sesiapa yang menzalimiku.

“Dan aku memberi kepada sesiapa yang menghalangku.

“Dan aku menyambungkan hubungan dengan sesiapa yang memutuskannya denganku.

“Dan diamnya aku kerana berfikir.

“Dan suaraku sebagai peringatan.
“Dan pandanganku sebagai pengajaran”.

(Persembahan nyanyian diketuai oleh pasangan artis Ihab Taufik dan Hamadah Hilal)
Persembahan artis Jamal Ismail:
“Rasulullah SAW telah bersabda, dalam pengumuman pertama ketika di Madinah: “Wahai manusia, sampaikanlah salam, dan berikanlah makanan, dan hubungkanlah tali persaudaraan, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera”

Persembahan artis Mahmud Al-Jundi:
“Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menyelesaikan satu urusan keperluan saudaranya, Allah akan menetapkan kedua-dua belah kakinya pada hari tergelincirnya kaki-kaki manusia”

Persembahan artis Said Saleh:
“Rasulullah SAW telah bersabda: “Demi jiwaku yang ada dalam genggaman-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu tentang sesuatu, yang apabila kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih sayang? Sampaikanlah salam di antara kamu”

Persembahan artis Ahmad Bader:
“Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan saudaranya lebih dari 3 hari, apabila mereka bertemu, mereka saling memandang antara satu sama lain, maka yang lebih baik di antara mereka berdua ialah yang memulakan salam”

Persembahan artis Muhammad Hunaidi:
“Rasulullah SAW telah bersabda: “Seseorang manusia itu adalah dengan siapa yang dia kasihi”. Dan berkata seorang Sahabat –semoga Allah meredhainya-: “Tidak ada yang lebih mengembirakan kami selepas Islam kecuali hadis ini”.

Persembahan artis Muhammad Riyadh:
“Seorang Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang keras hatinya, maka berkatalah kepadanya Nabi SAW: “Usaplah kepada anak yatim, dan belas kasihanlah kepadanya, lembutlah hati kamu, dan kamu akan tahu apa keperluan kamu”.
Read rest of entry

Johan Bercerita SR MTAQ Peringkat Kebangsaan 2007




Murid tersebut ialah Mohd. Najmi b. Shaharudin. Beliau telah menjuarai kategori ini pada MTQSS Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kedah pada tahun 2007.
Read rest of entry

Peraturan Pertandingan Kompang Selawat dan Berjanji Marhaban

Read rest of entry

We Love Rasulullah...




(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Read rest of entry

Peraturan Nasyid Kebangsaan 2011

Read rest of entry

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Read rest of entry

j-QAF

Read rest of entry

Bahasa Arab KBSM


Bahasa Arab KBSM :
1. SP, HSP dan RPT.
2. Buku Panduan P&P Bahasa Arab.
3. Modul Latih Tubi.
4. Panduan Tahbib Lughah

1. SP, HSP & RPT Pendidikan Islam KBSM Sila klik
Read rest of entry

Pendidikan Islam KBSM

Read rest of entry

Tasawur

Read rest of entry

Prakata


Terima kasih. Dalam Pembinaan.
Read rest of entry

Hubungi


Unit Pendidikan Islam, PPD Jempol Jelebu

1. Unit Pendidikan Islam,
PPD Jempol Jelebu.
upippdjj@yahoo.com

2. Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo,
Penolong PPD j-QAF,
msahrin76@yahoo.co.uk

3. Ustaz Abd Jalil b Md Zin,
Penyelia Pendidikan Islam.
Read rest of entry

Pendidikan Islam KBSR / KSSR


Pendidikan Islam KBSR / KSSR :

1. SP, HSP & RPT Pendidikan Islam
2. Buku Panduan P&P
3. Modul

1. Modul Pemulihan Jawi tahun 1 KSSR Sila klik

2. Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 Sila klik

3. Pendidikan Islam KBSR Tahun 2 - 6 Sila klik
Read rest of entry

Kelas Kemahiran Al-Quran


Bahan Kelas Kemahiran Al-Quran
1. SP, HSP & RPT KKQ
2. Panduan Pelaksanaan KKQ
3. Buku Panduan KKQ
4. Koleksi Soalan

1. KKQ Sila klik
Read rest of entry

Bahasa Arab KBSR / KSSR

Read rest of entry

Dakwah Dan Akademik ?


Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [Surah Ali ‘Imran, 3 : 110]

REALITI DA’I

Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan pelajar ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.

Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah,mesyuarat dan menyertai program – program motivasi. Mudah kata, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai target minima. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan rakan – rakan pelajar, mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan,

“Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,”

Ada juga yang mengatakan,

“Itulah kau, kenapa soleh sangat?”

Dan bermacam-macam kata-kata yang 'memanaskan' telinga yang boleh didengari.

Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah akademik? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. [Surah Al-Qasas, 28 : 77]

Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan.

DAKWAH TERBILANG AKADEMIK CEMERLANG

Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.

Pengurusan Masa

“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah menangguh.

Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan.

Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.”

Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.

Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan.

Penangguhan adalah 'pembunuh' masa lapang

Mulakan dengan kelas. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh guru. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap pengajaran yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan guru dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kelas yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa guru, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan.

Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh guru. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebih daripada 30 minit.

Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Surah Al-Hasyr, 59 : 18]

Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.

Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.

Semangat Berusaha
Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Surah Hud, 11 : 112]

Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.

Membayangkan Apa yang Akan Dicapai

Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah.

Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlak dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.

Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi

Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.

Antara kata-kata yang disarankan ialah:
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah, 9 : 24]

Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Surah Al-Baqarah, 2 : 233]
Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,[Surah Al-Mu’minun, 23 : 1-3]

Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.[Surah Muhammad, 47 : 7]

Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.

Kesimpulan : BERUSAHALAH WAHAI PARA DA’I


Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Surah Al-Ankabut, 29 : 69]
Read rest of entry

Koleksi Instrumen

Read rest of entry

Pesan Taqwa


Imej umat Islam yang buruk dan negatif ini perlukan satu usaha pembaikan yang total dan menyeluruh. Usaha ini sangat perlu kerana sudah acap kali Islam terhukum oleh kelemahan umatnya sendiri. Walaupun kita boleh berhujah, kelemahan umat Islam bukanlah bukti kelemahan ajaran Islam, tetapi dunia akan terus tertanya-tanya, “Kalau begitu, di manakah keupayaan Islam dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya?

Sebenarnya apa yang kita cari berada terlalu dekat dengan kita. Setiap minggu kita mendengarkan kekuatan itu dilaungkan oleh khatib-khatib dari mimbar masjid di seluruh dunia pada setiap hari Jumaat. Rahsia kekuatan itu adalah taqwa. Kita perlu kembali kepada taqwa – memahami, menghayati, mengamalkan dan memperjuangkannya. Tidak ada kekuatan lain selain taqwa yang mampu membawa kita keluar daripada belenggu kehinaan ini.

Namun kenyataan di atas mungkin dipandang sinis atau skeptik oleh banyak pihak dikalangan umat Islam sendiri. Mungkin tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi melalui praktiknya ramai yang memandang sepi pada pesan taqwa yang sangat penting itu. Apa tindakan kita untuk memahaminya? Apa program kita untuk membinanya? Apakah ada kebimbangan dan kerisauan kita apabila kita melanggar prinsip-prinsip? Jawapannya, sangat menyedihkan.

KEPENTINGAN TAQWA

Taqwa sangat penting. Justeru, ia dijadikan satu pesanan yang wajib diperdengarkan oleh khatib apabila berkhutbah. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1560 kali pesan taqwa dalam hidupnya (jika dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula daripada umurnya 15 tahun). Dan di dalam Al Quran, perkataan yang berkaitan taqwa Allah sebutkan sebanyak 272.

Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A’raf : 26)

Taqwa juga diletakan sebagai penanda aras kemuliaan manusia oleh Pencipta manusia sendiri (Allah). Perbedaan manusia dan kemuliaan manusia ditentukan oleh nilai dan kadar taqwanya yang ada di dalam dadanya. Firman Allah: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa.”(Al-Hujurat: 13)

Seruan Allah pada surat Ali Imran ayat 102, “Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan muslim”. Dalam ayat yang lain, Allah menegaskan lagi, “telah Aku wasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan kepada kamu agar kamu sekelian bertaqwa kepada Allah.

Bayangkan jika ada seorang pemimpin negara mengulang-ulang satu perkara sama ada dalam bentuk gagasan, wawasan, peringatan atau amaran, tentulah perkara itu sangat penting kepada rakyatnya. Maka lebih-lebih lagi bila Allah – Pemerintah sekalian alam, telah menegaskan berkali-kali tentang kepentingan taqwa. Sudah tentu akan beruntunglah mereka yang mengambil berat tentang pesan itu dan celakalah mereka yang mengabaikannya.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemaslahatan hamba-Nya dari sesiapa pun dan Allah lebih sayang kepada kita lebih dari sesiapa pun, jika ada di dalam kehidupan ini yang lebih banyak manfaat dan kebaikannya dan menyelamatkan selain daripada taqwa, nescaya Allah akan memerintahkan kepada manusia untuk menngambil berat tentang perkara itu. Namun kerana peringatan Allah hanya difokuskan kepada taqwa, maka tentu sahaja itulah perkara yang pertama dan utama mengatasi segala-galanya.

MANFAAT TAQWA

Imam Ghazali ketika menjelaskan manfaat taqwa telah berkata:

“Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatnya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikan apa yang difirmankan dalam Al Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi nkeuntungan, pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan pada sifat taqwa.”



Apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali itu adalah bersumberkan ayat Quran ini:

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-64)

Antara kelebihan taqwa di dalam Al Quran ialah:

1. 1. Bantuan dan perlindungan Allah.

Allah akan hanya membela orang yang bertaqwa. Menjadi seorang Islam, belum ada jaminan mendapat bantuan Allah. Ini menjelaskan mengapa umat Islam ditindas dan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam pada hari ini. Firman Allah:

“Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

1. 2. Penyelesaian masalah dan rezeki.

Selain daripada rajin berusaha dan sentiasa produktif, orang bertaqwa akan mendapat menyelesaikan masalah dalam hidup dan rezekinya dijamin oleh Allah saw.Firman Allah:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)

“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

3. Dijanjikan syurga dan diselamatkan dari neraka.

“Akan tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah.” (Ali Imran: 198)

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada Syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133)

“ Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)

“Lalu Aku selamatkan orang-orang bertaqwa dan menjauhkan Neraka bagi mereka yang bertaqwa.”

1. 4. Ditutupi kesalahan dan dilipatgandakan pahala.

“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya.” (At Thalaq: 5)

1. 5. Darjat yang tinggi di Hari Akhirat.

“Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertaqwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari Kiamat.” (Al Baqarah: 212)

6. Dicintai Allah.

“Sebenarnya, siapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76)

1. 7. Diampuni dosa.

Orang bertaqwa begitu sensitif dengan dosa. Bahkan mereka sentiasa merasa berdosa walaupun tidak terlibat dengan dosa. Justeru mereka sentiasa melazimi taubat. Dan taubat mereka akan sentiasa diterima.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al Anfal: 29)

8. Diterima amalan.

“Sesungguhnya Allah hanya menerima ibadah (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)

9. Dikurniakan keberkatan hidup.

“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

10. Pewaris kekuasaan di bumi.

“Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)

11. Diberi ilmu yang bermanfaat.

Orang bertaqwa akan mendapat tambahan ilmu menerusi pengalaman ilmu yang sedia diketahuinya. Bahkan, ilmu itu bukan hanya berlegar di minda, tetapi menjunam ke hati dengan kefahaman dan pengahayatan yang mendalam.

“Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)

12. Dipermudahkan urusan.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.” (At Thalaq: 4)

13. Diselamatkan dari tipu-daya musuh.

Yahudi dan Nasrani terkenal dengan strategi dan perancangan yang licik untuk menghancurkan umat Islam. Mereka begitu sistematik, fokus dan komited untuk melemahkan perjuangan umat Islam. Namun, orang bertaqwa sentiasa berjaya mengenal dan mengatasi tipu-daya mereka itu.

“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepada kamu.” (Ali Imran: 120)

14. Diberi petunjuk dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Di tengah kecelaruan faham dan kekeliruan bertindak tidak kira pada zaman apa dan situasi apa pun orang bertaqwa sentiasa dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberi kepada kamu furqan (membezakan antara kebenaran dan kebatilan.” Al Anfal: 29

TAQWA MENURUT AL QURAN

Mari kita lihat dulu makna taqwa melalui ayat al Quran. Di dalam Kitab Minhajul Abidin, Imam Ghazali menyenaraikan makna taqwa mengikut Al Quran:

* Perasaan takut dan hebat.

“Dan kepadaKulah kamu harus takut.”

“Takutlah kamu pada hari dikembalikan kepada Allah.”

* Bakti dan Tunduk.

“wahai sekalian orang-orang beriman berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti.”

* Membersih hati daripada dosa.

“Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta taqwa kepada-nya maka mereka adalah orang-orang yang beruntung.”

Jadi, kesimpulan rengkas erti taqwa melalui ayat Quran tersebut adalah taat, takut juga membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Sebenarnya banyak lagi erti taqwa yang boleh diambil dari al Quran. Antaranya ialah tauhid dan iman, taubat, meninggalkan maksiat dan ikhlas.

Justeru, taqwa itu bolehlah disifatkan sebagai himpunan segala sifat-sifat kebaikan (mahmudah) sama ada yang zahir ataupun yang batin. Rasulullah saw bersabda:“Hendaknya kamu bertaqwa sebab ia adalah kumpulan segala kebaikan, dan hendaknya engkau berjihad karena ia sikap kependetaan seorang muslim, dan hendaknya engkau selalu berdzikir menyebut nama Allah karena dia cahaya bagimu” (HR. Ibnu Dharis dari Abu Said Al-Khudhari).

ANALOGI PARA SAHABAT

Para sahabat utama Rasulullah saw juga ada memberikan pengertian taqwa dengan pelbagai pendekatan. Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”

Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah saw, yakni Abu Darda r.a telah berkata:
“Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yangharam.”

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda itu selaras dengan hadis Rasulullah saw:
“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

TAQWA DARI SEGI BAHASA

Manakala dari segi bahasa taqwa bererti pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. Ertinya, taqwa itu adalah rasa di dalam hati yang menggerakkan seseorang memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara dosa sama ada besar atau kecil yang boleh memudaratkan agama. Asal-usul taqwa adalah menjaga dari kemusyrikan, dosa dan kejahatan dan hal-hal yang meragukan (syubhat).

Keadaan itu sama dengan orang sakit yang berpantang daripada sesuatu makanan kerana takut penyakitnya bertambah kronik. Taqwa juga berarti kewaspadaan, menjaga benar-benar perintah dan menjauhi larangan.

Perkara yang memudaratkan agama itu terbahagi dua. Pertama, perkara-perkara yang jelas haram. Kedua, perkara-perkara halal yang diambil secara berlebihan. Justeru Imam Ghazali telah membahagikan taqwa itu kepada dua bahagian. Pertama, Taqwa Fardu – istiqamah dan taat menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram. Kedua, Taqwa Adab – menahan diri daripada berlebih-lebihan dengan perkara yang halal kerana takut dihisab dan malu kepada Allah pada hari Kiamat kelak.

Menurut para ulama tingkatan taqwa itu ada tiga:

1. Membersihkan diri dari syirik.

Maksudnya seseorang itu membersihkan dirinya daripada menyekutukan Allah sama ada dalam akidah (menyembah selain Allah) mahupun dalam ibadah (riyak, ujub, sum’ah).

1. Membersihkan diri daripada dosa besar.

Taqwa peringkat ini tercapai apabila seseorang menjauhi dosa besar yang zahir seperti minum arak, berzina, judi dan lain-lain. Juga meninggalkan dosa besar yang batin seperti takabur, hasad dengki, tamak dan lain-lain.

1. Menjauhi dosa-dosa kecil.

Orang bertaqwa tidak memandang kecil atau besarnya dosa tetapi mereka melihat kepada siapa mereka berdosa. Oleh sebab sedar perbuatan dosa itu adalah kepada Allah maka mereka sangat berhati-hati untuk tidak melakukan sebarang dosa sekalipun dosa kecil. Dalam konteks ini Ibn Abbas telah berkata: “Orang bertaqwa itu ialah orang yang menjauhi (menjaga dirinya) daripada syikrik, dosa-dosa besar dan kejahatan (dosa-dosa kecil.”

SUDAHKAH KITA BERTAQWA?

Justeru, orang bertaqwa akan sentiasa memelihara dirinya daripada semua batas dan hukum-hukum agama. Segala yang wajib dan sunat akan dilaksanakannya. Manakala segala yang haram dan makruh akan ditinggalkannya. Bukan itu sahaja malah, mereka sangat berpada-pada dengan segala yang halal kerana takut dihisab (diperhitungkan di akhirat kelak). Ini selaras dengan kata-kata Sayidina Ali: “Aku sangat berhati-hati dengan dunia kerana haramnya diazab, halalnya dihisab.”

Apabila seseorang memelihara hukum-hukum Allah, maka Allah akan memeliharanya. Dan Allahlah sebaik-baik pemelihara. Dalam erti kata yang lain, dengan bertaqwa seseorang telah mengambil Allah sebagai Pemelihara dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Rasulullah saw bersabada: “Peliharalah Allah, maka Allah akan memelihara kamu…”

Soalnya sekarang apakah kita telah dipelihara Allah? Jawabnya bergantung pada pertama, sejauhmanakah kita telah memelihara hukum-hukam, batasan dan segala kehendak Allah? Jelas sekali tahap ketaqwaan kita masih jauh daripada piawaian yang dikehendaki Allah. Al hasil, kita hingga kini belum mendapat bantuan Allah dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

Al Quran telah menegaskan, jaminan kejayaan hanya untuk para muttaqin. Dan orang bertaqwa akan berjaya mengatasi masalahnya dan segala tipu-daya musuh. Hanya menjadi seorang Islam (muslim) belum menjamin kejayaan keatas musuh.

Dan ditegaskan bahawa para muttaqin ialah imereka yang memiliki dua kekuatan. Pertama, ke­kuatan rohaniah yang bersumberkan ibadah dan sifat-sifat mahmudah. Kedua, kekuatan lahiriah yang dibangunkan se­cara optimum mengikut batas keupayaan yang paling tinggi.

Maksudnya, orang bertaqwa ialah mereka yang baik hubu­ngannya dengan Allah dan manusia. Dan mereka juga cemerlang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan ke­hidupan. Ini selaras dengan peranan manusia di muka bumi sepertimana yang tercatat dalam Al Quran – sebagai hamba, khalifah dan pemakmur muka bumi.

Dilihat dari sudut ini, jelas umat Islam ini belum bertaqwa. Walaupun masih mengakui Islam, tetapi ramai diantara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan pemikiran dan tindakan. Malah ramai pemimpin Islam di seluruh dunia masih di­dominasi oleh pemikiran sekular, sifat mazmumah dan perbuatan mungkar. Walau­pun masih beragama Islam, tetapi inilah yang menyebabkan kita belum layak mendapat pembelaan Allah.

Dari segi kekuatan lahiriah khususnya di bidang ke­tenteraan, ekonomi, sains teknologi, juga jelas kekuatan pihak musuh Islam masih mengatasi kita. Padahal orang muttaqin tidak pernah meminggir­kan faktor ini justeru Allah sendiri telah mengingatkan me­lalui firman-Nya:“Dan bersiap-sedialah kamu dengan segala kekuatan daripada tentera-tentera berkuda…”

Maksudnya, orang yang bertaqwa, tidak sekali-kali mengabaikan persiapan lahiriah secara optimu, justeru itu juga hakikatnya perintah Allah. Bahkan, merekalah yang paling serius mempersiapkan diri sebaik mungkin. Cuma andainya berlaku kekurangan juga maka bantuan Allah akan menampung ’kekurangan’ lahiriah itu dengan syarat ketaqwaan mereka sudah mencapai piawaian yang layak diberi bantuan.

Adalah salah sekali, jika dikatakan para muttaqin hanya bersenjatakan doa dan zikir untuk menentang musuh-musuhnya. Muttaqin yakin, taqwa kekuatan primer dan lahiriah adalah kekuatan sekunder. Inilah yang dibuktikan oleh pemimpin Islam seperti Muhammad Al Fateh dan Sultan Salehuddin Al Ayubi. Mereka ‘pakar’ rohani dan mereka juga ‘pakar’ strategi. Mereka dikurniakan kepintaran akal dan ilham yang luar biasa ketika mengahadapi musuh-musuh Islam.

Malangnya, ketaqwaan dan kekuatan lahiriah kita masih tidak mencapai tahap yang dimaksudkan. Ke­canggihan teknologi dan perancangan yang strategik musuh jauh mengatasi kita. Ditambah dengan kekurangan sifat taqwa, maka kita dengan mudah diratah oleh tipu daya dan kekuatan musuh. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kita belum memahami sepenuhnya sama ada yang tersurat apatah lagi yang tersirat di sebalik pesan taqwa!
Read rest of entry
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers