Pencapaian PMR 2010 (Bahasa Arab & Pendidikan Islam

Read rest of entry

Amalan Pengajaran & Pembelajaran Ke Arah Peningkatan Prestasi


(Suatu pengalaman untuk dikongsi)

Oleh : Hj.Samsudin bin Md Noor
Guru Cemerlang Pendidikan Islam Gred Khas ( JUSA ) C

Pendahuluan

Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

Perancangan Awal

Perancangan strategik lima tahun dan tahun semasa perlu diadakan supaya apa yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan.

Perancangan strategik perlu dimasukkan ’target’ atau pelunjuran yang hendak dicapai, biasanya ’target’ itu adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkara yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai target. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan, kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas pengukuhan dan pengayaan, projek-projek akademik dan kegiatan ko-korikulum.

Perancangan awal yang perlu dilakukan iaitu penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks seperti nota-nota tambahan, bahan-bahan ’power points’, CD, VD, dan bahan bantuan mengajar bagi mempermudahkan murid memahami sesuatu tajuk. Guru sepatutnya membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar, ada topik yang diselesaikan dalam satu masa dan ada yang perlu lebih dari satu masa.

Perancangan kemudahan pembelajaran murid, seperti keadaan kelas yang lebih kondusif, kemudahan peralatan kegunaan pelajar. Jika tiada masalah kertas-kertas, pelbagai jenis pen yang dakwatnya berbagai warna , yang boleh memberi keseronokan kepada murid untuk belajar disediakan oleh guru, kemungkinan peruntukan kewangan sekolah boleh digunakan untuk tujuan ini atas budibicara pentadbir sekolah. Keadaannya menjadi lebih baik jika guru berusaha adakan sebuah Bilik Khas Pendidikan Islam (jika ada bilik yang kosong),

Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya mengikut agihan yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Guru boleh menggunakan masa-masa baki untuk tujuan pengayaan, pengukuhan, pemurnian, pemulihan, peningkatan kemahiran menjawab dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar.

Siapa Guru Di Hati Murid

Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar.
Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu, bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbangrasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa, ’komited’ dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid.Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan perwatakan guru yang sebenar.

Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang dihati pentadbir dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang memiliki komitmen yang tinggi. Guru boleh membuat berbagai program di luar bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya, membuat jamuan makan sekali atau dua kali setahun, membawa mereka ke tempat rekriasi melalui program Pendidikan Islam, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkunjung ke rumah salah seorang murid, terutama yang sakit, program menelaah bersama di waktu petang dan sebagainya.Aktiviti membaca yasin, solat hajat sebulan sekali dan lebih kerap di masa hampir dengan tarikh peperiksaan menyebabkan mereka terasa seolah-olah guru itu mengambil berat dan prihatin ke atas mereka.

Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru.

Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus bilik darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak mengurus masa secara optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru.

Guru Dan Bilik Darjah

Pada peringkat awal, murid-murid akan membuat berbagai tanggapan atau persepsi terhadap guru yang akan masuk ke kelas mereka. Mungkin murid-murid sudah tahu tentang latarbelakang guru itu secara tidak langsung sebelum ini, kerana mereka sudah dua atau tiga tahun belajar di sekolah ini cuma belum pernah belajar dengannya. Sebaliknya terdapat juga murid langsung tidak tahu tentang guru itu, kerana dia mungkin murid yang baru di sekolah itu atau murid ini hanya tahu guru yang mengajarnya sahaja.

Berkenalan dengan murid yang akan diajari adalah suatu yang tidak boleh diabaikan kerana pernilaian murid ke atas diri guru pada hari pertama akan diterjemahkan terus ke dalam minda mereka tentang perwatakan guru itu. Murid bertanggapan guru itu garang jika guru itu bermula dengan watak tegas. Murid juga mungkin bertanggapan guru ini boleh dipermainkan kerana perwatakan yang tersangat lembut atau tidak serius.

Semasa inilah guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi menawan hati mereka seperti memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar guru itu amat sayang kepada mereka. Ketika itu juga guru berusaha dengan kata-kata bersemangat dan menampakkan kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang berjaya, murid yang baik, murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi. Beberapa peraturan yang mesti dipatuhi yang menampakkan ketegasan tetapi berhemah serta memiliki sifat keterbukaan dalam menerima pandangan serta bersedia melakukan perubahan.

Guru memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh mereka dan bahan yang akan disediakan oleh guru sendiri supaya murid mengetahui bahawa gurunya bersedia untuk mengajar mereka. Jika sekiranya menjadi guru kelas berkenaan maka kesediaan guru untuk menjadikan kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan terhadap gurunya itu.

Mengenali nama setiap murid di kelas tersebut adalah satu pendekatan yang baik. Murid akan menampakkan lebih mesra jika disebut nama mereka semasa berkomunikasi. Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengingati
’nama-nama mereka seperti bertanya nama setiap kali hendak bercakap dengan mereka, atau memasukkan foto-foto mereka dalam komputer peribadi untuk diingat setiap hari. Dalam masa yang singkat guru dapat mengingati semua nama mereka.

Guru juga boleh menyatakan beberapa ganjaran yang akan diberikan kepada murid jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah baik dari masa semasa, seperti berjanji untuk bawa mereka ke tempat perkelahan atau lawatan ke mana-mana atau berjanji untuk menghadiahkan sesuatu. Guru sewajar menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa dengan sikap guru yang dianggap berpura-pura itu. Saya pernah berjanji untuk membuat jamuan makan kepada mereka, membawa mereka ke tempat rekriasi, memberi hadiah tertentu, dan saya tunai setelah mereka tunjukkan peningkatan.

Pengajaran Dan Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila murid mengetahui dan memahami tajuk yang diajar, kemudian mampu menganalisa dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru perlu memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi, perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, penerapan prinsip-prinsip Islam Hadhari, rumusan, tugasan dan ulasan kendiri. Biasanya apabila loceng berbunyi, guru akan masuk ke bilik darjah berkenaan atau murid –murid datang ke Bilik Pendidikan Islam. Ketika ini guru menunjukkan sikap kesungguhan untuk masuk ke kelas itu, dengan gaya berjalan yang laju serta membawa beberapa bahan yang diperlukan atau menjemput mereka supaya bergerak pantas ke Bilik Pendidikan Islam.

Apabila melangkah masuk teruskan memberi salam, mereka bangun dan membaca doa dengan ikhlas dan khusyuk supaya mendapat keberkatan Allah SWT. Selepas itu, guru meminta mereka bersihkan kelas, kemaskan diri, meja, kerusi, dan apa sahaja yang kelihatan tidak menceriakan sebagai suatu cara untuk mendidik dan memperadabkan mereka sebelum mereka menerima pelajaran.

Guru bertanyakan mereka, seperti ’apa khabar semua’, ’ada yang sakit atau yang tidak sihat’,’siapa yang ada apa-apa masalah,’ ’ustaz nampak semuanya seronok, ini yang menjadikan ustaz pun seronok hendak mengajar’. Pertanyaan-pertanyaan dan kata-kata begini adalah sentuhan awal supaya mereka seronok dengan kedatangan guru itu. Guru memuji dengan perkataan, ’bagus’ supaya murid merasakan mereka dihargai, dan cuba berjenaka dengan mereka seperti memberi satu teka-teki dan sebagainya.

Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sesuatu, atau menceritakan satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh, guru cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk berkenaan. Murid-murid membuka buku teks bagi tajuk berkenaan, nota tambahan yang disedikan guru sebagai ’hand out’, dan kertas A4 untuk dibuat peta minda. Guru juga mempamerkan bahan maklumat melalui ’slide’ yang ditayang dengan bantuan ’LCD’ atau menggunakan teknik-teknik yang lain.

Guru berbincang dengan murid secara bersahaja, tentang tajuk yang dipelajari, murid berbincang sesama mereka, membuat peta minda, bersoal jawab, guru memberi persoalan untuk diselesaikan oleh murid sendiri, murid membuat aktiviti kumpulan, guru membuat penilaian mengikut aras, dan berbagai aktiviti lain yang boleh merangsangkan minat murid. Di samping itu guru sentiasa berjenaka dan memberi perangsang serta memuji sebagai penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka lakukan. Guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala, dari awal hingga akhir kerana teknik ini ternyata membosankan murid.Peranan otak kiri dan otak kanan perlu diseimbangkan. Otak kiri memberi penekanan kepada bahasa, rumusan matematik, lojik, urutan, nombor, analisi dan lirik lagu. Otak kanan memberi penekanan kepada bentuk dan corak, maipulasi ruang, imiginasi, angan-angan, dan rentak lagu. Maka peranan guru mempastikan kedua-dua otak itu berfungsi dengan baik.

Apabila mereka seronok dengan pembelajaran seperti ini menjadikan mereka terasa masa berada di kelas terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus berada di kelas ini walaupun loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada guru yang datang ke kelas mereka.Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung dalam buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek tertentu dalam kandungan itu.

Murid-murid ternyata lebih gemar membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali dan seolah-olah menjadi ’kegilaan’ kepada mereka. Kelebihan membuat peta minda ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam buku atau nota, dan mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika menjawab soalan, tidak bergantung ayat-ayat yang terdapat dalam buku. Oleh itu minda mereka akan lebih terbuka, di samping melatih mereka berfikiran kreatif dan kritis. Kadang-kadang guru berhadapan dengan murid yang lambat faham akan sesuatu tajuk atau isi kandungan. Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai ’guru’ untuk menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih meyakinkannya. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan guru. Guru mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid yang masih belum faham kandungan tersebut.

Pendekatan-pendekatan yang lebih mudah, meringankan bebanan murid dan meningkatkan minat untuk terus menyelesaikan tugasan bagi tajuk berkenaan. Contohnya, murid yang sukar menghafaz ayat-ayat al-Quran bagi tingkatan empat, guru memberi kebebasan kepada murid bertemu dengan guru untuk menghafaz ayat-ayat itu di hadapan guru, guru boleh melantik murid-murid yang cemerlang menjadi naqib untuk mendengar hafazan murid berkenaan, kadang-kadang terdapat murid yang ingin menghafaz sedikit demi sedikit dan akhirnya semua ayat tersebut telah berjaya di hafaz atau pun menggunakan pelbagai pendekatan yang disukai oleh murid berkenaan dan guru sepatutnya melayan kehendak mereka.

Bagi murid-murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran, guru boleh menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Contohnya, menjemput mereka berkumpul di suatu bilik yang tidak disertai oleh murid-murid lain. Guru memberi semangat, perangsang, serta mencerita kelebihan-kelebihan apabila boleh membaca al-Quran. Guru meminta pandangan mereka tentang cara yang kehendaki supaya mereka boleh mereka lakukan dan matlamatnya mereka boleh membaca al-Quran. Guru juga memberi cadangan, misalnya, guru memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka boleh membaca al-Quran jika mereka mengikuti teknik dan kaedah yang akan di bawa oleh gurunya itu tetapi mereka hendaklah melakukan latihan berterusan di rumah atau di luar bilik darjah. Gabungan kaedah Iqrak, Qiraati dan Hattawiyah boleh digunakan tetapi guru hendaklah sentiasa memantau perkembangan mereka dengan memberi galakan, pujian, ganjaran, penghargaan berterusan. Murid-murid ini kadang terasa malu disebabkan kelemahan mereka. Oleh itu guru tidak perlu menggunakan kaedah yang menyebabkan mereka menjadi malu, seperti menyuruhnya membaca dengan kuat di hadapan kelas, sebaiknya mereka di bawa ke tempat lain atau membaca dalam kumpulan yang sama atau membaca secara beramai-ramai.

Jika mampu selalu berjumpa mereka untuk berbincang dan sekali sekala jemput mereka makan di kantin dan sebagainya supaya mereka dapat merasai bahawa guru itu benar-benar untuk membantu mereka menguasai bacaaan al-Quran. Setelah mereka berjaya membaca maka berilah penghargaan berupa sijil di perhimpunan sekolah. Apabila mereka merasakan seronok belajar Pendidikan Islam maka mereka akan berusaha untuk memahami tajuk yang sedang dipelajari. Di samping galakan dan motivasi guru yang berterusan. Dengan wajah keriangan yang ditunjukkan oleh guru, serta menampakkan kesayangan guru itu terhadap murid, menjadikan
mereka terasa bersalah jika mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh guru.

Guru juga hendaklah menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tetapi ketegasan itu dilakukan dengan senda gurau, sambil mengenakan sedikit denda terhadap mereka, dan mereka bersedia untuk menerima dengan lapang dada seperti menarik sedikit telinga sebagai menandakan guru tidak gemar dengan perlakuan tersebut. Murid yang sememangnya sayang kepada gurunya itu, dengan cepat memohon maaf, dan guru terus maafkan dan letakkan tangan dibelakang mereka atau memuji mereka supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang boleh menjejaskan penumpuan terhadap pelajaran yang sedang dihadapi itu. Denda atau hukuman yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan supaya murid berkenaan tidak tertekan, akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan negatif seperti tidak datang ke sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya.

Penggunaan alatan bantuan mengajar, model-model tertentu, atau kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid. Pendekatan, modul atau kaedah seperti Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kerjasama, Kontruktivisma, Pembelajaran Kontektual, adalah di antara kaedah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian tajuk, kemampuan murid, dan kebijaksanaan guru mengaplikasikannya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang memberangsang minda mereka. Kesannya, murid mudah faham dan minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran.

Contohnya, tajuk cara menyempurnakan ibadah haji dan umrah. Model-model berbentuk replika seperti model kaabah, jamrah, tempat saei, tempat wukuf, Mina dan Muzdalifah serta Miqat Makani. Guru menggunakan beberapa murid untuk menunjuk cara, simulasi, main peranan dan sebagainya. Penggunaan pendekatan ini, murid akan lebih mudah faham dalam masa yang singkat.

Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan dan tulisan jawi, maka tindakan yang boleh difikirkan ialah langkah pertama, mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan, bagi murid yang terlalu lemah, diperkenalkan huruf hijaiyah yang dipadankan dengan huruf rumi, kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata hingga seterusnya murid boleh membaca kalimah mudah dan kalimah yang lebih dari dua sukukata hinggalah ke tahap boleh membaca ayat-ayat dan esei. Pendekatan mendekati murid adalah seperti yang telah dijelaskan perlu untuk menarik minat mereka menyintai jawi.

Memasang lagu-lagu nasyid atau zikir yang boleh menjadi halwa telinga mereka tetapi diperlahankan suaranya, supaya murid rasa terhibur dan kadang-kadang kandungan lagu itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka, juga dapat membantu meningkatkan keseronokan dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan masalah apabila berada di kelas yang terlalu lemah dan kemungkinan terdapat empat atau lima murid yang tidak boleh membaca dengan baik dan yang lain pula bersikap malas, suka ponteng, tidak suka membuat tugasan yang diberikan oleh guru, suka tidur dan sebagainya menyebabkan guru terasa bosan untuk berhadapan dengan mereka. Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar.

Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran yang diajar atau terhadap guru sendiri. Leteran yang berterusan, menyebut perkara-perkara negatif yang ada pada mereka seperti mengecap mereka sebagai pemalas, pengotor, kaki tidur dan sebagainya akan menghilangkan minat mereka untuk berada bersama guru itu. Pendekatan yang berkesan, murid-murid diberikan perhatian, dan pujian jika mereka melakukan sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mulakan pelajaran dengan perkara yang cukup mudah, banyak memberi contoh-contoh, dekat dengan mereka ketika mengajar. Jika mereka tidak faham, cuba ulang bahagian itu melalui kaedah yang berbeza seperti memberi lambaran kerja, bimbing mereka untuk mendapatkan jawapan, gembirakan hati mereka, berjenaka, dan memberi tindak balas positif terhadap perlakuan dan pertuturan mereka.

Apabila mereka sudah menampakkan kecenderungan untuk belajar, teruskan memberi galakan, motivasi dan pengharapan yang baik, seperti kata-kata,’saya yakin murid kelas ini boleh lulus pelajaran ini dalam peperiksaan nanti, kerana ustaz sudah nampak ada peningkatan, ustaz seronok jika murid kelas ini berjaya’. InsyaAllah perubahan akan berlaku, sekurang-kurang guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan di kelas berkenaan, tetapi amalan ini hendaklah dilakukan berterusan bukan secara sekali sekala. Yang lebih penting guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap mereka.

Latihan, Penilaian Dan Pentaksiran

Aspek yang diberikan penekanan ketika membuat latihan dan menjawab peperiksaan ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab, bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau melaksanakan sekadar melepas batuk di tangga, tidak menipu dengan cara meniru rakan secara menyalin semula jawapannya, belajar menerima hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar supaya guru boleh membuat penambahbaikan, tidak malu untuk menyatakan kelemahan, sedia mendapatkan pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman. Akhirnya murid-murid dapat mendengar nasihat guru dan melaksanakan tugasan dengan baik.

Sebaik-baiknya, setiap tajuk yang dipelajari diberikan latihan untuk dilaksanakan di minit-minit terakhir dan menyambung tugasan itu di luar kelas atau di rumah sebagai kerja rumah. Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik jawapan yang betul dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. Caranya, murid diminta berbincang dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan itu. Nasihatkan mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus daripada jawapan rakannya itu. Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan yakin dengan pekerjaan akan mudah mencapai kejayaan dan keberkatan.

Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan juga satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. Setelah mendapat jawapan, masing-masing murid menulis jawapan tersebut. Kemudian ketua kumpulan akan menyemak semula jawapan setiap ahli kumpulan. Guru menunjukkan teknik dan kaedah menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. Guru melatih sehingga mereka faham, kemudian latihan demi latihan mengikut teknik peperiksaan sebenar. Semua guru sepatutnya memahami teknik menjawab soalan peperiksaan awam (PMR dan SPM) supaya murid-murid dilatih sejak di tingkatan satu bagi PMR dan di tingkatan empat bagi SPM.

Setiap latihan murid direkod dalam buku rekod dengan memberi markah mudah iaitu A,A-,A+,B,B-,B+,C,C-,C+,D,dan E, rekod-rekod dipamerkan kepada mereka melalui ’LCD’, supaya mereka dapat membezakan percapaian mereka dan membandingkan dengan pencapaian rakan-rakan mereka. Guru akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pencapaian yang lemah, pencapaian yang masih tidak berubah atau yang menurun.

Bagi kelas yang lemah, guru perlu memperbanyakkan soalan-soalan pencapaian rendah dan cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. Galakan dan pujian harus diberikan terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, guru perlu membuat pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan tersebut, supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka.

Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan

Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Program ini boleh dilaksanakan di masa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik berkenaan kemudian diberi pemulihan segera, jika tiada kesempatan, program itu perlu dilanjutkan di luar bilik darjah iaitu semasa lapang atau di luar waktu persekolahan.

Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok. Penekanan secara lebih intensif dilaksanakan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. Selepas peperiksaan percubaan guru membuat analisa keputusan untuk melihat kelemahan dan kekuatan murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran.

Penutup

Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan
kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh.

Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran.

Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. InsyaAllah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua.


GURU DI AWAL GURULAH DI AKHIR
Read rest of entry

Koleksi Surat


79. Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama 2011 Sila klik

78. Perlantikan Urusetia / Fasilitator Kem Remaja Islam Cemerlang Daerah 2011 Sila klik

77. Membawa Pelajar Menyertai Kem Remaja Islam Cemerlang Daerah 2011 Sila klik

76. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kem Remaja Islam Cemerlang Daerah 2011 Sila klik

75. Seminar Perpaduan Dan Ekonomi Ummah (Sek Ren) Sila klik

74. Seminar Perpaduan Dan Ekonomi Ummah (Sek Men) Sila klik

73. Mesyuarat Pemurnian Modul Kem Pemantapan Sahsiah Murid Islam Daerah 2011 Sila klik

72. Latihan Majlis Semaian Wahyu Daerah 2011 Sila klik

71. Mesyuarat Pembinaan Modul Kem Pemantapan Sahsiah Murid Islam Daerah 2011 Sila klik

70. Permohonan KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012 Sila klik

69. Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu SMKA Sheikh haji Mohd Said dan SMKA Dato' Haji Hasan Haji Sail Bagi Sesi 2012 Sila klik

68. Jemputan Ke Majlis Penutupan Majlis Khatam Al-Quran Daerah Jelebu 2011 Sila klik

67. Perlantikan Dan Jemputan Bertugas Sebagai AJK Majlis Khatam Al-Quran Daerah Jelebu 2011 Sila klik

66. Membawa Pelajar Menyertai Majlis Khatam Al-Quran Daerah Jelebu 2011 Sila klik

65. Perlantikan Urusetia dan Fasilitator Kem Bina Juara Program j-QAF Daerah Jempol Jelebu 2011 Sila klik

64. Membawa Pelajar Menyertai kem Bina Juara Program j-QAF Daerah Jempol Jelebu 2011 Sila klik

63. Jemputan Ke Majlis Penutupan Kem Bina Juara Program j-QAF Daerah Jempol Jelebu 2011 Sila klik

62. Mesyuarat Majlis Khatam Al-Quran Daerah Jelebu 2011 Sila klik

61. Perlantikan Hakim Dan Jemputan Bertugas Dalam Penghakiman Majlis Semaian Wahyu Jempol 2011 (Sekolah Menengah) Sila klik

60. Perlantikan Hakim Dan Jemputan Bertugas Dalam Penghakiman Majlis Semaian Wahyu Jempol 2011 Sila klik

59. Perlantikan Hakim Dan Jemputan Bertugas Dalam Penghakiman Majlis Semaian Wahyu Jelebu 2011 Sila klik

58. Peruntukan kecil Ketiga Operasi Dakwah Bagi Melaksanakan Program Kem Bestari Solat Sila klik

57. Yuran Penyertaan Majlis Khatam Al-quran Daerah Jelebu 2011 Sila klik

56. Perlantikan dan Jemputan Bertugas Sebagai AJK Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jempol 2011 Sila klik

55. Perlantikan dan Jemputan Bertugas Sebagai AJK Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jelebu 2011 Sila klik

54. Program Pemantapan Akidah Pendidikan Islam Tahun 6 Peringkat Negeri Sembilan Sila klik

53. Muzakarah Hakim Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jempol 2011 Sila klik

52. Taklimat Dan Penyelarasan Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jempol 2011 Sila klik

51. Jemputan Menyertai Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jempol 2011 Sila klik

50. Jemputan Menyertai Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jelebu 2011 Sila klik

49. Jemputan Ke Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jempol 2011 Sila klik

48. Jemputan Ke Majlis Semaian Wahyu Sekolah-Sekolah Program j-QAF KAP Daerah Jelebu 2011 Sila klik

47. Surat Mesyuarat Jawatankuasa Semaian Wahyu PPDJJ Sila klik

46. Jadual Waktu Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Sempena Bulan Ramadhan 1432 Sila klik

45. Mesyuarat Pemurnian Soalan Akhir Tahun Bersama Pendidikan Islam dan Tasawur Daerah 2011 Sila klik

44. Mesyuarat Pembinaan Soalan Akhir Tahun Bersama Pendidikan Islam dan Tasawur Daerah 2011 Sila klik

43. Program Kawal Mutu Bahan Kecemerlangan Program j-QAF Daerah Jempol Jelebu Sila klik

42. Program Penyelarasan Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jelebu 2011 Sila klik

41. Perlantikan Urusetia Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jelebu 2011 Sila klik

40. Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jelebu 2011 Sila klik

39. Pindaan Yuran Penyertaan Majlis Semaian Wahyu j-QAF Kap Daerah Jempol 2011 Sila klik

38. Program Pemurnian Buku Latih Tubi Bahasa Arab & Khat Sila klik

37. Program Penyelarasan Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jempol 2011 Sila klik

36. Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jempol 2011 Sila klik

35. Perlantikan Urusetia Taklimat Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Jempol 2011 Sila klik

34. Yuran Penyertaan Majlis Semaian Wahyu j-QAF / KAP Daerah Jempol dan Jelebu 2011 Sila klik

33. Kursus Munsyi Dewan (Jawi) Sila klik

32. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Majlis Semaian Wahyu Sekolah-sekolah Program j-QAF / KAP Daerah Jempol Sila klik

31. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Majlis Semaian Wahyu Sekolah-sekolah Program j-QAF / KAP Daerah Jelebu Sila klik

30. Program Kutipan Data Kelas Agama Petang Daerah Jun Sila klik

29. Program Pelaporan Pencapaian Program j-QAF & Jawi dan Al-Quran 2011 Sila klik

28. Mesyuarat Pengurusan Kelas Agama Petang & Program j-QAF Sila klik

27. Mesyuarat Pelaporan Pencapaian Program j-QAF Dan Jawi & Al-Quran 2011 Sila klik

26. Jemputan Menyertai Kem Bestari Solat Daerah Jempol 2011 Sila klik

25. Mesyuarat Kem Bestari solat Daerah Jempol 2011 Sila klik

24. Program Pemurnian Soalan Bersama Pendidikan Islam Dan Tasawur Islam Semester Pertama Daerah Jempol Dan Jelebu Tahun 2011 Sila klik

23. Kursus Pendedahan Syifa Al-Quran Daerah Jempol Dan Jelebu 2011 Sila klik

22. Program Penyelarasan Kursus Pendedahan Syifa Al-Quran Daerah Jempol Dan Jelebu 2011 Sila klik

21. Pembatalan Tarikh Program Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Negeri Sembilan Sila klik

20. Bengkel Pemurnian Lembaran Kerja Kem Bestari Solah daerah Jempol Jelebu 2011 Sila klik

19. Bengkel Pemurnian Teks Dikir Barat Daerah jempol Jelebu 2011 Sila klik

18. Bengkel Pemurnian Teks Kalam Jama'ie Daerah jempol Jelebu 2011 Sila klik

17. Mesyuarat Tarannum Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

16. Mesyuarat Pembinaan Buku Latih Tubi Kalimah Bahasa Arab & Khat Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

15. Mesyuarat Pembinaan Teks Pengucapan Awam Bahasa Arab & Kuiz j-QAF Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

14. Mesyuarat Pembinaan Lembaran Kerja Kem Bestari Solat Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

13. Mesyuarat Pembinaan Teks Dikir Barat Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

12. Mesyuarat Pembinaan Teks Kalam Jama'ie Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

11. Mesyuarat Pelaksanaan Kecemerlangan Program j-QAF Daerah Jempol Jelebu Bil 1 2011 Sila klik

10. Bengkel Pembinaan Teks Bercerita Sek. Keb. Daerah Jempol Bil. 1 2011 Sila klik

9. Taklimat Pengurusan Program j-QAF Sila klik

8. Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam Sek. Men. Bil. 1 2011 Sila klik

7. Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam Sek. Ren. Bil 1 2011 Sila klik

6. Mesyuarat Pengurusan Kurikulum j-QAF Sek. Ren. Bil. 1 2011 Sila klik

5. Mesyuarat Dakwah PPDJJ Bil 1/2011 Sila klik

4. Muat Turun Sukatan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Bil 37 Tahun 2011 Sila klik

3. Laporan Pelaksanaan Aktiviti Program j-QAF 2010 Sila klik

2. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab Tahap Satu 2011 Sila klik

1. Surat Muat Turun Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4, SMKA/KAA Negeri Sembilan 2011 Sila klik
Read rest of entry

Koleksi Borang-Borang

Read rest of entry

Apakah Yang Dicari Dalam Hidup Ini


Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah, manusia dikurniakan akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik. Kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini.

Kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka. Firman Allah dalam surah ar-Ruum,

Maksudnya: Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. ( surah Ar-Ruum – ayat 8 )

Ada antara kita yang mungkin tidak sedar bahawa kita tidak mempercayai apa itu hari akhirat dan pertemuan dengan Allah. Dalilnya, kita mengerjakan pekerjaan dunia tanpa memikirkan keuntungan akhirat. Yang difikir hanya apa yang kita bakal diperolehi di hadapan mata.

Maka hidup dan pekerjaan yang dilakukan semuanya berdasarkan apa yang dikehendaki semasa hayat kita. Untuk memperolehi semua itu, manusia terpaksa sentiasa berlumba dalam kehidupan dengan orang lain yang menyebabkan kita kadang-kadang terpaksa mengetepikan soal halal haram, yang boleh dan tidak boleh.

Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu itu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang dihuni ini, dan setiap perkara yang diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk melengkapkan kehidupan manusia dan ada kegunaannya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk di akhirat kelak.

Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah kemewahan dan keseronokan.

Bagi mendapat jawapan yang tepat dan benar marilah kita kembali kepada asal tujuan manusia ini diciptakan. Untuk apakah pencipta kita (Allah) menciptakan kita di atas muka bumi ini. Dalam surah az-Zariyat Allah berfirman,

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (az zariyat – 56)

Namun apa yang kita perhatikan pada hari ini, kebanyakan individu itu akan menelusuri hidup mengikut arus yang sudah tersedia di hadapannya, tanpa memikirkan siapakah yang mencipta arus itu. Antara kita tidak tahu matlamat yang hendak dicapai.

Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja.Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak begitu. Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat.

Maka dengan istirahat pada malam hari itu menambahkan kekuatan bagi kita agar pada esoknya dapatlah diteruskan pekerjaan dan usaha mencari kehidupan, atau menambah bekalan untuk kehidupan kita yang seterusnya. Firman Allah dalam surah al-Furqan;

Maksudnya ; Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

Manusia digalakkan untuk mencari kehidupan di dunia, dan mencari rezeki. Seperti dianjur oleh Rasulullah, yang antara lain menyatakan manusia perlulah beramal untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramal untuk mati seolah kita akan mati esok hari. Perlu diingat, dalam ajaran Islam turut ditekankan juga adalah setiap umatnya tidak boleh membiarkan keturunannya meminta-minta setelah dia meninggal dunia. Hal dijelaskan dalam satu hadis yang bermaksud,

``Daripada A’mir bin Saad, bapanya berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menziarahiku ketika mana aku jatuh sakit teruk ketika haji wada’, aku berkata kepadanya ; aku telah jatuh sakit seperti mana engkau lihat sekarang, dan aku mempunyai harta yang banyak dan tiada pewarisku melainkan seorang anak, perlukah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku itu?.Rasulullah menjawab “tidak”. Aku berkata ; separuh daripadanya?. Rasulullah menjawab “ tidak”. Aku berkata; satu pertiga daripadanya?. Rasulullah menjawab “ satu pertiga masih banyak, sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu ( anak / keluarga / isteri ) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan reda Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah”.

Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan, bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya.

Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak punyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak punyai wang.

Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan.

Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya sehingga terus meninggalkan akhirat. Setidak-tidaknya jadikan apa yang diusahakan dalam perkara keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat.

Namun kita terus lalai dibuai keenakan dunia dan lupa tuntutan akhirat. Kita terus berebut untuk memiliki rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, pekerja yang ramai, dihormati manusia, disegani, dan disanjung.

Tanpa mengira dari mana, bagaimana, dan apa cara sekalipun kita berebut demi untuk mencapai apa yang dihajati. Ada yang sanggup menggunakan wang yang bukan miliknya untuk memenuhi keinginan. Ada yang sanggup berebut kuasa, wang, dan sebagainya dari sahabat sendiri, sehinggakan kawan jadi lawan.

Ada yang sanggup mengubah dasar supaya memihak kepadanya. Ada yang sanggup memujuk orang agar memihak kepadanya. Ada yang sanggup “memijak” orang lain untuk naik ke puncak kejayaan demi memenuhi hasrat dan keinginan nafsu dunia.

Untuk apakah semua ini. Untuk diri kita sendiri, untuk penuhi keinginan nafsu serakah kita yang membuak. Pada saat ini apa yang kita usahakan itu tidak dapat dilorongkan ke arah akhirat.

Kita dituntut untuk mengejar keduniaan kerana satu keperluan hidup. Namun hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal di akhirat. Firman Allah taala dalam surah Al-Ana’am,

Maksudnya : dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Oleh yang demikian, sewajarnya kita jadikanlah apa saja pekerjaan yang dilakukan, hasil kemewahan dan harta benda yang diperolehi itu sebagai bekalan untuk menuju ke akhirat.
Mungkin ada yang berpendapat, bagaimana mungkin kita jadi segala amalan itu sebagai bekalan di akhirat, sedangkan bekalan akhirat itu solat, puasa, zakat, haji, dan amalan lain yang diperintahkan Allah. Jika begitu kefahaman kita, kita sudah salah faham terhadap agama.

Cuba kita renungkan satu hadis nabi “ apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup”.

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa, semua amalan di atas dunia ini tidak akan dapat dibawa sebagai bekal mahupun sebagai pelindung daripada seksaan kecuali tiga perkara tersebut. Jadi bagaimana kemewahan dan dan harta benda dunia boleh dijadikan bekalan akhirat? Dalam satu hadis yang lain, ( tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan Allah sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya).

Oleh yang demikian sekiranya apa yang diusahakan di dunia ini kita belanjakan dan kita gunakannya untuk tujuan kebaikan serta mendapat keredaan Allah, maka itulah jawabannya.

Mungkin ada yang mempunyai rumah besar dan mewah yang digunakan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak dan isteri. Di dalam rumah itu pula dipenuhi dengan amalan yang baik seperti membaca al-Quran dan bukannya kegiatan maksiat parti arak dan tari-menari.

Jika kita mempunyai rumah yang banyak hasil titik peluh dari sumber yang halal, dan rumah itu disewakan, lalu hasilnya digunakan ke arah kebaikan ataupun kita waqafkan ke jalan Allah. Atau, jika kita mempunyai banyak kenderaan mewah dan digunakan untuk kebaikan seperti pergi ke masjid dan menuju ke tempat yang diredai Allah.

Kesimpulannya, sekiranya kita tinggalkan harta kekayaan kepada anak-anak yang sudah diberi didikan yang sempurna mengenai ilmu dunia dan akhirat kemudiannya menjadi anak yang soleh, mereka akan membalasi usaha itu dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita di akhirat.

Begitu juga harta yang lain di dunia ini, sekiranya digunakan ke arah kebaikan dan menuntut keredaan Allah, maka harta itu akan amal soleh dan amal jariah. Insya-Allah, kita akan selamat di akhirat, dan perkara keduniaan yang kita miliki itu akan dapat membawa kita ke akhirat bersama dengan pahala sebagai gantinya.

Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh iaitu ke akhirat.

Sayugianya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan baik dan dapat kita “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat.


http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?Id=586
Read rest of entry

Munsyi Dewan (Jawi)


Kursus Induksi Munsyi Dewan (Jawi) pada 6-8 Ogos 2010 (Jumaat - Ahad ) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.






Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu DBP memperkembangkan dan memperkasakan tulisan Jawi.

Seramai 40 peserta terpilih dari seluruh negara. Terdiri daripada pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Institut Perguruan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah satu Malaysia.

Wakil Negeri Sembilan seramai 5 orang :

     1. Tn. Hj. Razali b Lajis                   (Guru Cemerlang, SK Rokan, Gemencheh).
     2. Ust. Abdul talib b Pilus                 (SK Inas, Johol).
     3. Ustzh. Zaini bt Jidin                       (SJKC Kampung Baru Paroi, Seremban).
     4. Ustzh. Siti Zaitun bt Ali Akhbar     (SK Rahang, Seremban).
     5. Ust. Mohamad Sahrin b. Kadmo.
Read rest of entry

Kursus Kurikulum Standard PraSekolah Pendidikan Islam JempolJelebu & Kuala Pilah

Pada hari khamis (8.00 pagi -5.00 petang) bertarikh 25 November 2010, Sektor Pendidikan Islam, JPNS telah mengadakan Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Jempol Jelebu dan Kuala Pilah kepada semua guru prasekolah di Bilik Gerakan, SK Jempol .

Kursus ini dirasmikankan oleh Tn. Hj Zainal Abidin b Mahsurom, Penolong Pengarah Operasi Pendidikan Islam Teras.

Terima kasih diucapkan kepada jurulatih utama prasekolah. Berikut :

       1. Ustaz Nor Sham B Md Noor    ( SK Pasoh Satu).
       2. Hjh. Natapah bt Haron             ( SK L.B. Jonshon).





SPI 2010/Bil 9 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Sila klik

Bahan KSSR Pendidikan Islam Prasekolah 2011
Sila klik
Read rest of entry

Mesyuarat Penyelarasan Laporan Pencapaian Program j-QAF 6 Bulan Kedua 2010

Read rest of entry

Struktur Unit Pendidikan Islam, PPDJJ

Struktur
Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Dan Jelebu


Pegawai Pelajaran Daerah Jempol Dan Jelebu
Tuan Mohd Sah Bin Zainal Abidin


Penyelia Kanan Pendidikan Islam
(Kosong)


Penolong PPD j-QAF
Ustaz Mohamad Sahrin Bin Kadmo


Penyelia Pendidikan Islam
Ustaz Abdul Jalil Bin Md Zin

Klik untuk besarkan
Read rest of entry

Pengambilan Murid Sekolah Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Sembilan

GARIS PANDUAN DASAR DAN PROSUDER PENGAMBILAN  MURID SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) NEGERI SEMBILAN


PENGAMBILAN MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELAS ALIRAN AGAMA(KAA)

1.1     SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ø  Warganegara Malaysia

Ø  Murid sekolah rendah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.  Murid sekolah rendah bukan daripada KPM tidak dipertimbangkan.

Ø  Mendapat 5A (dalam ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Semenanjung dan di sabah/Sarawak/Labuan

Ø  Calon yang layak boleh memohon ke mana-mana KAA (Kelas Aliran Agama)

Ø  Mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Negeri tetapi pihak sekolah  boleh mempertimbangkan kelayakan seseorang pelajar.

Ø  Keutamaan akan diberikan kepada murid yang berkebolehan menulis, membaca jawi dan membaca Al-Quran dengan baik serta lulus ujian kelayakan KAA diperingkat Sekolah.

Ø  Lulus Ujian Kelayakan KAA

Ø  Aktif dalam bidang kokurikulum

Ø  Lulus Ujian Asas Fardhu Ain


1.2     Prosedur Permohonan


Ø  Permohonan ke KAA hendaklah menggunakan borang BP/KAA/T1

Ø  Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sektor Pendidikan Islam/ PPD/Sekolah.

Ø  Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan slip UPSR, salinan Sijil Kelahiran murid dan salinan kad Pengenalan ibubapa murid serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.

Ø  Setiap borang permohonan hendaklah disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing

Ø  Permohonan hendaklah sampai ke Sekolah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan peperiksaan UPSR dikeluarkan.

Ø  Permohonan yang tidak memenuhi syarat, tidak lengkap dan lewat diterima akan ditolak atau tidak akan diproses.



1.3     Keputusan

Ø  Keputusan permohonan yang berjaya akan dikeluarkan 14 hari sebelum sesi persekolahan bermula.

Ø  Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat rayuan


1.4   Pendaftaran

Ø  Murid dikehendaki melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat tawaran.

Ø  Murid dianggap menolak tawaran sekiranya gagal mendaftar diri pada tarikh yang ditetapkan.

1.5    Rayuan


Ø  Rayuan hendaklah menggunakan borang BP/KAA/T1/Rayuan di Sekolah/PPD/JPN

Ø  Tarikh tutup rayuan adalah 14 hari selepas persekolahan dibuka.

Ø  Murid yang tidak menerima surat Tawaran dalam tempoh 14  hari selepas tarikh tutup rayuan dianggap tidak berjaya.

Borang Permohonan KAA 2011
Sila klik
Senarai Sekolah KAA Negeri Sembilan
Sila klik

SPI 2010/Bil 3 : Pelaksanaan Dasar Pengambilan Dan Pertukaran Murid SMKA & KAA
Sila klik
Read rest of entry

Lawatan Kerja ke PPD Hulu Langat





Terima kasih diucapkan kepada Unit Pendidikan Islam, PPD Hulu Langat, Selangor di atas perbincangan profesional dan pemuafakatan ke arah kecermelangan Pendidikan Islam.

Mohamad Sabri bin Satar
Pen. PPD Pendidikan Islam

Hasnul Hadi bin Ayub
Pen. PPD j-QAF


Baharuddin bin Shuib,
Penyelia Pendidikan Islam
Read rest of entry

Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Dimaklumkan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 bagi sekolah rendah akan dilaksanakan mulai tahun 2011 mengikut Surat Pekelliling Ikhtisas Bil 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010.

Bagi membantau usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses penyebaran KSSR kepada guru–guru sekolah di seluruh Negara, dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah memuat naik segala dokumen berkenaan KSSR ke laman web http://www.moe.gov.my/bpk/
Sila klik

Read rest of entry

Pegawai Interim PPDJJ 2010



PPD Jempol dan Jelebu telah menerima seramai 19 orang pegawai baru (termasuk 3 orang FasiLINUS) yang telah dilantik masing-masing bermula 2 Ogos 2010 (bagi FasiLINUS) dan 16 Ogos 2010 (pegawai-pegawai lain). Berikut adalah pegawai-pegawai baru tersebut: baca selanjutnya.

1. Pegawai Aset & Perolehan En. Nor Hafiezzal bin Salim
2. Pegawai Siasatan & Aduan En. Mohd. Ruslan bin Hassan
3. Pegawai Bahasa Inggeris (Men) Cik Norshahida binti Shaarim
4. Pegawai Kualiti Pn. Masharyati binti Musa
5. Pegawai Pentaksiran Berasaskan Sekolah En. Suhaimi bin Mohd. Isa
6. Pegawai Peperiksaan Dalaman En. Abdul Aziz bin Abd. Malek
7. Pegawai ICT En. Ros Saifullizan bin Yahya
8. Pegawai Pendidikan Khas En. Muhamad Khairi bin Ismail
9. Pegawai Bahasa Inggeris (Ren) En. Rosafiz bin Sudeen
10. Pegawai KGSK En. Mohd. Fuzi bin Abd. Aziz
11. Pegawai Latihan En. Hazri bin Tohar
12. Pegawai Ko-ku Akademik (Men) En. Mohd. Adnan bin Ismail
13. Pegawai Bimbingan & Kaunseling En. Aminuddin bin Mohd. Rashid
14. Pegawai Sains & Matematik En. Norhisham bin Aziz
15. Pegawai Pra Sekolah En. Ramli bin Gaisun
16. Pegawai j-QAf Ust. Mohd. Sahrin bin Kadmo
17. FasiLINUS Tn. Hj. Ibrahim bin Yunus
18. FasiLINUS En. Bahtiar bin Bakri
19. FasiLINUS Pn. Jamaliah binti Ahmad
Read rest of entry

Al-Mumtaz SKTMS - Johan Bintang Nasyid Mu'min Musim ke 4 Peringkat Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada Al-Muntaz SKTMS dan team kejurulatihannya di atas penobatan Johan Bintang Nasyid Mu'min Musim Ke 4, 2010 Peringkat Kebangsaan di Panggung Seri Ayer Keroh.

Syed Israfil, solo Al-Mumtaz diumumkan sebagai solo terbaik lelaki dan hadiah persembahan terbaik juga dimenangi oleh Al-Muntaz. TAHNIAH.

PPDJJ merakamkam jutaan terima kasih di atas kesudian Al-Mumtaz SKTMS untuk mengadakan persembahan nasyid di Majlis Penutup Program Kem Bina Juara Daerah Jempol Jelebu 2010. Juga pihak pentadbir SKTMS dan pengurus Al-Mumtaz ialah Ustaz Hakimi b. hj. Md Said.

Ustaz Hakimi b Hj. Md Said

Sila klik
Read rest of entry

Mesyuarat Penempatan Pelajar ke SMKA







29 Nov - 01 Dis 2010
MITC Ancasa Hotel, Melaka
Read rest of entry

Program Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Islam SJKC Peringkat Negeri Sembilan 2010



Pada 9 hingga 12 November bertempat di Pusat Kecemerlangan Rembau, Sektor Pendidikan Islam JPNNS dengan kerjasama PPD Rembau telah mengadakan Kem Jati Diri untuk murid-murid SJK(C) Peringkat Negeri Sembilan 2010. Kem selama 4 hari 3 malam ini bertujuan untuk memberi peluang murid-murid SJK(C) untuk meningkatkan pengetahuan Islam dan juga memberi ruang murid-murid SJK(C) menunjukkan bakat mereka.  Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Datin Hjh Naemah Ahmad Dahalan telah merasmikan Majlis Penutup Kem Jati Diri SJK(C) ini.

Majlis penutup juga dihadiri oleh Ketua Sektor, Sektor Operasi Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan semua pegawai dari PPD.

Catatan : 12 peserta kem dari Jempol dan Jelebu dengan menaiki bas yang disediakan oleh Sektor Pendidikan Islam.
Read rest of entry

Kursus Profesionalisme Ketua-Ketua Bidang SABK

Pada 14-16 November 2010, Unit IPA, Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan kursus profesionalisme ketua-ketua bidang SABK kepada ketua-ketua bidang SABK di Hotel Empress, Sepang.

Penceramah jemputan untuk sesi headcount ialah :

   1. Pn Radziah Bt Abd. Manap ( Tim. PPD, PPD Jempol Jelebu)
   2. Pn Rozita Bt Ali ( Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik, JPNS)

Ustaz Mohamed Zaki B Abd Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPNS telah merasmikan majlis perasmian penutup kursus.

Read rest of entry

Majlis Khatam Al-Quran Perdana


NILAI, 11 Nov – Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program Kelas Agama Petang (KAP), j-Qaf dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan sebuah program semaian wahyu yang telah diaktifkan sejak 2005 yang lalu membuktikan kejayaan Kerajaan Negeri ini di bawah pimpinan YAB Menteri Besar sekaligus membuktikan dedikasi para pengelola dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) apabila berjaya menghimpunkan hampir 6 ribu pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan ilmu al-Quran pada majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai, hari ini.

Menurut Pengarah JPNS, Tuan Abd Halim Abdul Razak, Khatam al-Quran Perdana peringkat N.Sembilan yang diadakan ini adalah merupakan sebuah program yang julung-juung kalinya diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam al-Quran khususnya di bawah program j-QAF di mana mereka ini adalah kumpulan pertama yang mengikuti program j-QAF kohot tahun 2005.

“Program KAP merupakan program khas Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, ianya bertujuan menjadi medan pengukuhan ilmu pengetahuan, nilai-nilai kemanusiaan dan pengukuhan penghayatan di kalangan anak-anak islam,” jelasnya.

Program KAP, j-QAF da SAR ini merupakan satu program kokurikulum khas kelas agama petang di samping hasrat untuk mengintegrasikan jalinan dalam pelbagai aspek antara program j-QAF dan KAP di N.Sembilan dalam melahirkan modal insane yang cemerlang.

Sementara itu YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang hadir merasmikan majlis penutupan program Khatam Perdana tersebut turut menyatakan rasa bangga dan sukacita beliau terhadap kejayaan yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam merangsang pemikiran pelajar agar lebih progresif, pragmatik dan inovatif dalam usaha menguasai pelbagai ilmu.

“Inilah yang dikatakan semaian yang membuahkan hasil setelah mengharungi semenjak program ini dibuat pada 2005 yang lalu. Jika dulu pada awal penubuhan program KAP ini, kita merasakan sukar untuk menjayakannya namun atas dedikasi yang dipamerkan oleh tenaga pendidik maka hari ini kita dapat lihat betapa bidang ilmu agama berjaya menarik minat anak-anak kita seterusnya menjadi amalan harian,”
“Oleh itu, pendidikan al-Quran perlu diperkasakan menerusi aspek penghayata kepada pelajar agar dapat membina jati diri dan sahsiah dalam mengharungi dunia globalisasi,” jelas beliau.

Dalam majlis yang sama juga YAB Dato’ Seri Utama juga turut menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada warga pendidik N.Sembilan khususnya dari sektor pendidik JPNS kerana berjaya melaksanakan program sedemikian yang memerlukan sokongan moral dan fizikal.

Umumnya program KAP ini telah mula dijalankan semenjak 2005 dimana pada program khatam kali ini telah melibatkan penyertaan 35’000 pelajar dengan penggunaan 2’355 bilik darjah dari seluruh sekolah di Negeri Sembilan ini termasuklah kelas-kelas agama yang diwujudkan di sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil.

Majlis Khatam Perdana itu juga turut dihiasi dengan acara berkhatam beramai-ramai dan persembahan Kalam Jamaei dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak serta Dikir Barat berbahasa Arab persembahan dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.





n9kini.com

Sila klik


Menurut seorang peserta, Zahirul Aman Mohd. Rafee, 12, dari Sekolah Kebangsan Sikamat di sini, dia amat gembira kerana diberi peluang menyertai program sedemikian.
''Saya bersyukur kerana terpilih untuk khatam al-Quran secara beramai-ramai bersama rakan-rakan sekolah yang lain.

''Alhamdulillah, dapat juga saya melakukannya sebelum melangkah ke sekolah menengah," katanya.
Bagi murid Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar, Labu Hilir di sini, Shafiq Afry Julaizy, 12, program itu membolehkannya menimba pengalaman baru.

''Saya rasa ini pertama kali murid sekolah rendah menjalankan upacara khatam al-Quran beramai-ramai. Bukan mudah untuk melakukannya serentak dan pengalaman berharga ini akan saya ceritakan kepada rakan-rakan lain," ujarnya.

Seorang lagi peserta, Kamilah Nor Abd. Rahman, 12, berasa amat gembira sebaik bacaan al-Quran diperdengarkan di stadium itu.

''Ia menaikkan semangat saya apabila kami memulakan bacaan yang bergema di seluruh ruang stadium ini," jelas murid Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar itu.

Murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Mohd. Nasrul Hakimi Norisham, 10, yang cacat penglihatan berterima kasih kerana diberi peluang membaca al-Quran serentak dengan murid lain pada program tersebut.

''Ini kali pertama saya khatam al-Quran dan saya berharap program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan," katanya yang membaca al-Quran dalam tulisan braille.

www.utusan.com.my

Sila klik


Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah
Program KAP/j-QAF dan SAR
Majlis Khatam Al-Quran Perdana sekolah-Sekolah Program KAP/j-QAF-SAR merupakan satu program yang bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 khususnya bagi sekolah-sekolah program KAP/j-QAF kohot 2005 yang merupakan perintis kepada pelaksanaan permulaan program KAP/j-QAF.

Objektif Majlis ini diadakan :
1. Merealisasikan hasrat dan kehendak YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

2. Majlis ini merupakan salah satu usaha menarik minat murid terhadap bacaan Al-Quran, penulisan Jawi, berbahasa Arab dan amalan fardhu ain.

3. Memastikan lebih ramai murid sekolah rendah khatam Al-Quran di peringkat usia kanak-kanak.

4. Menyuburkan kembali amalan khatam Al-Quran yang menjadi satu tradisi dan budaya kehidupan seorang muslim.

5. Memantapkan integrasi dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum antara Pendidikan Islam sekolah rendah dan Kelas Agama Petang (KAP)

6. Membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri serta menjalinkan silaturrahim di kalangan murid-murid, warga pendidik dan masyarakat.

spi.jpnns.gov.my

Sila klik
Read rest of entry
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers