Majlis Khatam Al-Quran Perdana


NILAI, 11 Nov – Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Program Kelas Agama Petang (KAP), j-Qaf dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan sebuah program semaian wahyu yang telah diaktifkan sejak 2005 yang lalu membuktikan kejayaan Kerajaan Negeri ini di bawah pimpinan YAB Menteri Besar sekaligus membuktikan dedikasi para pengelola dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) apabila berjaya menghimpunkan hampir 6 ribu pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan ilmu al-Quran pada majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai, hari ini.

Menurut Pengarah JPNS, Tuan Abd Halim Abdul Razak, Khatam al-Quran Perdana peringkat N.Sembilan yang diadakan ini adalah merupakan sebuah program yang julung-juung kalinya diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam al-Quran khususnya di bawah program j-QAF di mana mereka ini adalah kumpulan pertama yang mengikuti program j-QAF kohot tahun 2005.

“Program KAP merupakan program khas Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, ianya bertujuan menjadi medan pengukuhan ilmu pengetahuan, nilai-nilai kemanusiaan dan pengukuhan penghayatan di kalangan anak-anak islam,” jelasnya.

Program KAP, j-QAF da SAR ini merupakan satu program kokurikulum khas kelas agama petang di samping hasrat untuk mengintegrasikan jalinan dalam pelbagai aspek antara program j-QAF dan KAP di N.Sembilan dalam melahirkan modal insane yang cemerlang.

Sementara itu YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang hadir merasmikan majlis penutupan program Khatam Perdana tersebut turut menyatakan rasa bangga dan sukacita beliau terhadap kejayaan yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam merangsang pemikiran pelajar agar lebih progresif, pragmatik dan inovatif dalam usaha menguasai pelbagai ilmu.

“Inilah yang dikatakan semaian yang membuahkan hasil setelah mengharungi semenjak program ini dibuat pada 2005 yang lalu. Jika dulu pada awal penubuhan program KAP ini, kita merasakan sukar untuk menjayakannya namun atas dedikasi yang dipamerkan oleh tenaga pendidik maka hari ini kita dapat lihat betapa bidang ilmu agama berjaya menarik minat anak-anak kita seterusnya menjadi amalan harian,”
“Oleh itu, pendidikan al-Quran perlu diperkasakan menerusi aspek penghayata kepada pelajar agar dapat membina jati diri dan sahsiah dalam mengharungi dunia globalisasi,” jelas beliau.

Dalam majlis yang sama juga YAB Dato’ Seri Utama juga turut menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada warga pendidik N.Sembilan khususnya dari sektor pendidik JPNS kerana berjaya melaksanakan program sedemikian yang memerlukan sokongan moral dan fizikal.

Umumnya program KAP ini telah mula dijalankan semenjak 2005 dimana pada program khatam kali ini telah melibatkan penyertaan 35’000 pelajar dengan penggunaan 2’355 bilik darjah dari seluruh sekolah di Negeri Sembilan ini termasuklah kelas-kelas agama yang diwujudkan di sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil.

Majlis Khatam Perdana itu juga turut dihiasi dengan acara berkhatam beramai-ramai dan persembahan Kalam Jamaei dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak serta Dikir Barat berbahasa Arab persembahan dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.





n9kini.com

Sila klik


Menurut seorang peserta, Zahirul Aman Mohd. Rafee, 12, dari Sekolah Kebangsan Sikamat di sini, dia amat gembira kerana diberi peluang menyertai program sedemikian.
''Saya bersyukur kerana terpilih untuk khatam al-Quran secara beramai-ramai bersama rakan-rakan sekolah yang lain.

''Alhamdulillah, dapat juga saya melakukannya sebelum melangkah ke sekolah menengah," katanya.
Bagi murid Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar, Labu Hilir di sini, Shafiq Afry Julaizy, 12, program itu membolehkannya menimba pengalaman baru.

''Saya rasa ini pertama kali murid sekolah rendah menjalankan upacara khatam al-Quran beramai-ramai. Bukan mudah untuk melakukannya serentak dan pengalaman berharga ini akan saya ceritakan kepada rakan-rakan lain," ujarnya.

Seorang lagi peserta, Kamilah Nor Abd. Rahman, 12, berasa amat gembira sebaik bacaan al-Quran diperdengarkan di stadium itu.

''Ia menaikkan semangat saya apabila kami memulakan bacaan yang bergema di seluruh ruang stadium ini," jelas murid Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar itu.

Murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Mohd. Nasrul Hakimi Norisham, 10, yang cacat penglihatan berterima kasih kerana diberi peluang membaca al-Quran serentak dengan murid lain pada program tersebut.

''Ini kali pertama saya khatam al-Quran dan saya berharap program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan," katanya yang membaca al-Quran dalam tulisan braille.

www.utusan.com.my

Sila klik


Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah
Program KAP/j-QAF dan SAR
Majlis Khatam Al-Quran Perdana sekolah-Sekolah Program KAP/j-QAF-SAR merupakan satu program yang bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 khususnya bagi sekolah-sekolah program KAP/j-QAF kohot 2005 yang merupakan perintis kepada pelaksanaan permulaan program KAP/j-QAF.

Objektif Majlis ini diadakan :
1. Merealisasikan hasrat dan kehendak YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

2. Majlis ini merupakan salah satu usaha menarik minat murid terhadap bacaan Al-Quran, penulisan Jawi, berbahasa Arab dan amalan fardhu ain.

3. Memastikan lebih ramai murid sekolah rendah khatam Al-Quran di peringkat usia kanak-kanak.

4. Menyuburkan kembali amalan khatam Al-Quran yang menjadi satu tradisi dan budaya kehidupan seorang muslim.

5. Memantapkan integrasi dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum antara Pendidikan Islam sekolah rendah dan Kelas Agama Petang (KAP)

6. Membentuk sahsiah, keperibadian dan jati diri serta menjalinkan silaturrahim di kalangan murid-murid, warga pendidik dan masyarakat.

spi.jpnns.gov.my

Sila klik
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers